Sy terbaca 1 soalan ni dlm ruangan Nur Islam dlm majalah Remaja..
Sorang boy ni bertanya :
Saya lihat jawapannya begini :
'Solat merupakan tiang agama. Barang siapa yang meninggalkan solat maka dia meruntuhkan agama. (Al-Baihaqi). Beza di antara seorang Muslim dengan seorang kafir juga adalah dengan solat. Solat juga merupakan perkara pertama yang akan disoal di akhirat nanti. Solat wajib dikerjakan. Adapun berkaitan perangai jahat ia tiada kena mengena dengan solat. Jika seseorang itu menjaga solatnya, lambat laun dia akan meninggalkan perbuatan-perbuatan jahat itu.
Jika seseorang yang melakukan perbuatan jahat, tidak bersolat pula, maka dia akan mendapat dua dosa. Pertama dosa berkelakuan jahat dan keduanya dosa besar kerana meninggalkan solat. Nasihat penulis tu kepada remaja2 sekalian, walaupun kita jahat, jangan sekali-kali tinggalkan solat.'
Saya tertarik juga pada artikel di atas.. semoga Tuhan membuka hati manusia utk berubah ke arah kebaikan.. kan elok kalau kita cantek luaran dalaman.. :)
Apa kata saya : 'Saya kata sy pun sangat byk lg ketidaksempurnaan diri, sy sedang cuba perbaiki.. Sy nk cuba.. Harap2 berjaya..'