Hampir sebulan lebih dah abah dijemput Ilahi..
sehingga saat ini sy masih lagi rasa terkejut.. sy redha cuma rasa terkejut tu masih ada..
setelah abah pergi baru sy perasan beberapa perkara yang Allah telah tunjukkan dari awal..
cuma sy tak dapat jangka..
Beberapa bulan sebelum abah meninggal, abah kerapkali contact dengan sy, by wechat yang paling kerap.. masa tu abah baru install wechat, setiap hari abah akan hantar wechat, kerap pulak tu.. mcm2 emoticon abah hantar.. hubungan kami jadi semakin erat walaupun sy kat UiTM, abah kt umah atau tempat keja.. mgkin itu petanda yang abah akan pergi selamanya..
Sebelum abah meninggal jugak, sy ada rasa teringin nak ke kubur.. walaupun tanpa spesifik menziarahi sesiapa.. setiap kali melalui kawasan perkuburan, hati sy kuat merasakan yang sy kena kerap ke kubur untuk menziarah kerana ia akan membantu dalam mengingatkan sy kepada kematian.. dengan mengingati mati, maka sy akan lebih bersedia ke arahnya, amal makruf nahi mungkar.. tapi semua tu hanya dalam perancangan sy, walau pun hati cukup kuat untuk melakukan semua tu tapi sy belum mulakan lg.. sehinggalah abah meninggal.. baru sy perasan yang rasa hati hendak ke kubur itu telah pun menjadi nyata.. sejak abah meninggal, memang sy kerap ke kubur abah.. tiada rasa takut mahupun gentar, malahan ia mengingatkan sy tentang kematian yang pasti..
Sy juga perasan sebelum abah meninggal, setiap kali sy nak balek ke UiTM, masa sy hulurkan tangan nak bersalam, abah selalu tunjuk suruh cium pipi kanan kiri, dalam gurau2 abah.. tapi sy tak biasa mcm tu, sy segan dan mungkin tak begitu manja dari kecil, sy hanya salam tangan aja.. tapi pada hari abah meninggal sy cium pipi kanan kiri abah.. seperti yg abah gurau2 dulu..
Bila sy tgk balek post kt blog ni.. post terakhir sy sebelum post tentang abah meninggal ialah post berkenaan dengan hari lahir abah sy.. selepas post hari lahir tu ialah post tentang abah yang telah meninggal dunia..
Sebelum abah meninggal juga abah kerapkali tanya sy yang sy x mau guna ka tab abah ni, sy kata xmau, sy dah ada hp sy sdiri.. banyak kali abah tanya, sampailah hp sy rosak, sy guna tab abah.. beberapa minggu lepas guna, abah meninggal.. seolah2 abah memang nak sy jaga tab tu..
Pada Hari Raya Aidilfitri haritu, sy nak ambil gambar sekeluarga sebab kami mmg tak dak gambar sekeluarga lagi since semua dah besar2 ni.. tapi abah ja x mau masuk, baju raya pun abah x mau pakai, abah kata x apa lah, mai abah yang tolong amikkan gambar kami yang lain ni.. gambar2 raya haritu abah yang tlg ambilkan..
Pada Hari Raya Aidilfitri haritu, sy nak ambil gambar sekeluarga sebab kami mmg tak dak gambar sekeluarga lagi since semua dah besar2 ni.. tapi abah ja x mau masuk, baju raya pun abah x mau pakai, abah kata x apa lah, mai abah yang tolong amikkan gambar kami yang lain ni.. gambar2 raya haritu abah yang tlg ambilkan..
Kenangan tu memang terlalu banyak.. semua itu akan sy simpan dalam memori.. kerana sy percaya bahawa semua akan dipertemukan semula dalam kehidupan yang kedua.. kita yang masih hidup, teruskanlah perjuangan.. Persiapkan diri untuk akhirat.. Pertemuan dengan Allah itu pasti.. Al Fatihah untuk arwah abah, Jamil Bin Majid.. :')