Wednesday, 19 October 2011

~Siapa Kita Untuk Persoalkan Kecantikan Seseorang?~

Assalammualaikum..

Seringkali kita terdengar org berkata..
atau mungkin juga kita sendiri yg berkata..

'Tak cantek pun'
'Biasa jaa'
'Dia tak cantek la, harap putih ja'
'Eeee huduh gila'
'Macam tu pun hg kata cantek?'

Bagi sy la..
kita manusia biasa mmg tak patot dan tak berkelayakan untuk mengatakan seseorang itu tidak cantek. tidak comel. tidak cun. tidak segak.
KENAPA? Sebab kita ni makhluk Tuhan.. bagi sy semua makhluk Tuhan itu cantik.. pada sisi masing2.. yang penting makhluk Tuhan itu cantik.. mungkin pd pandangan kamu tidak cantik, tapi pada pandangan Tuhan, cantik..

Tuhan  itu Maha Cantik.. kita manusia selalunya hanya menilai dengan mata kasar.. kadang2 tak mahu akui yang seseorang itu cantek.. sebabnya segelintir dari manusia itu ada yang berhati dengki.. maka semua tak cantek.. dia ja la cantek.. tak baek... smua makhluk Tuhan itu cantik.. kalau bagi kamu ia tak cantik pada wajahnya, kamu sapa untuk mengutuknya? kamu bukan Penciptanya.. jadik kamu better bersyukur dengan apa adanya..

Kita semua ada wajah masing2, diri masing2, kecantikan masing2.. pelihara dan sayangilah ia dengan sebaik mungkin.. hargai, akui dan ucapkan Alhamdulillah dengan kurniaan Nya.. 

Apa kata saya : 'saya kata, semua cantik pada sisi masing2'