Saturday, 31 December 2011

~2012..~Semoga datangmu seiring barakah~

As salam..
Alhamdulillah.. 2012 menjelma..
Bersyukur seadanya dengan nikmat usia..
Pengalaman..
Kasih sayang..
Nikmat yang tidak terhingga..

Semoga 2012 dimulakan dengan kebaikan..
Pada awalnya kebaikan, pertengahannya kebaikan, akhirannya kebaikan..
Penuh nikmat, penuh rahmat..
Penuh tekad, penuh berkat..

Dah masuk usia 24 tahun..
1 usia di mana diri harusnya cukup matang..
Untuk membuat keputusan yang baik..
Untuk menentukan hala tuju hidup..
1 usia di mana perancangan masa depan harus jelas..
Harus tahu mana harus dituju..
Harus tahu mengawal fikiran, emosi, supaya emosi tidak meracuni fikiran dan akal..
Harus sentiasa melihat ke depan,
Hanya sesekali menoleh ke belakang,
Bukan untuk melihat kesalahan, tapi sebagai panduan supaya tidak terulang..
Semoga 2012, semakin berbahagia,
Semoga jalan hidup makin terang cahayanya..
Dan lurus hendaknya..
Semoga bahagia menanti di hadapan sana..
J Insya Allah.. bahagia itu dambaan tiap makhluk..

Apa kata saya :: " Sy mohon 2012 datang bsama kebahagiaan"

Monday, 19 December 2011

~Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Meninggalkannya~

(credit to www.resepirahsiaku.com)


Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat. Tapi saya percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini. Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan.

Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya. Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca, izinkan kami berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad. Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan. Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan. Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua. Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan. Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil). Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat. Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya. Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib. Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan. Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui. Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan. Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah. Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif. Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani. Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan. Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat. Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t.

Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya. Kesimpulan : Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama. Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.Wallahu a'lam.

Sunday, 18 December 2011

~Tolong Sampaikan Pada Dia~

Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan
buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu
bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan hartanya..

Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam
dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang
Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik
keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya
besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta
di kala cita-cita belum terlaksana..Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak
menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang
Esa menjaga dirinya..Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak
mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku
sendiri tidak mengetahui siapa dan
dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri yang
terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau
bertemu diriku suatu hari nanti...

Amin.....

Saturday, 17 December 2011

~Membuang Kenangan~ Tak semudah Menanam Impian~

As salam..
Harini kelas pun tak de..
dok umah je la kowt..
masak2 n makan2..
tidow2.. mana la bdan tak jd tongdrum cam nie..


tapi smentara tk mlakukan apa2 keja nie..
nk tulis2 ckit la kat diari nie..
tentang mbuang kenangan..
susah benar rasanya..
da bmacam cara sy buat..
fikiran boley la nk control..
tapi hati.. susah..
mencuba melupakan ssuatu yg slalu kta ingat..
senang ke?


tapi tak pe..
sy sedang berusaha..
klu diizinkan.. sy boley lupakan..
bukanlah melupakan 'sesuatu' itu terus..
tapi melupakan atau pun mbuang trus ssuatu yg tak patot ada pd 'sesuatu' tu..


Usaha tangga kejayaan kan..
percubaan menanggalkan ikatan hati..
biar sy bebas mengukir hati sendiri..


Apa kata saya :: 'Saya kata sesibuk mana pown sy knapa sy ada masa utk fkir hal 'sesuatu' ni?

Sunday, 4 December 2011


Ku harapkan dia seorang insan yang memerlukan sokonganku utk peneguhnya..

Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya..

Seorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya..

Seorang yang memerlukan diriku untuk menyempurnakan hidupnya..