Tuesday, 22 April 2014

Saya & Kehidupan..

Assalamualaikum.. :')

Dah lama rasanya tak menulis kat blog ni..
terlalu banyak benda yang mungkin terlepas untuk ditulis.. memori itu penting.. sbb itu blog ni wujud.. tapi disebabkan agak sibuk.. sy tak sempat nak update selalu.. bg saya setiap masa yg berlalu itu sangat penting.. sbb ia merekod perjalanan hidup kita.. apa yg kita lalui.. manis atau pahit.. itu semua kenangan yg harus disimpan.. untuk dirujuk balek di masa hadapan.. untuk kita melihat balek kehidupan yg pernah kita lalui.. untuk melihat semua hikmah disebalek stiap keadaan yang kita tempuhi.. rekod itu sangat penting :) sbb tu sy amek minor rekod. kikikiki..

Kehidupan sy agak padat sekarang.. dengan kelas yg memang dah padat ditambah dengan aktiviti-aktiviti luar lagi kadangkala sangat melelahkan.. tapi sy gembira.. puas kerana dapat berkhidmat dengan menggunakan tulang empat kerat yang sy ada.. cuma biasalah semangat kadang2 naik kadang2 turun.. bergantung kepada keadaan.. kita manusia.. tidak lepas dari kelemahan diri.. setiap apa yang Allah berikan pada sy, sy tahu semuanya tidak sia2.. kadang2 bila sy rsa down dan tertekan dengan org2 yang kurang memahami cara menghormati, sy rasa cukuplah setakat ni saja.. tapi disaat2 tu lah juga bayangan harapan banyak pihak menaikkan kembali semangat saya.. mengapa hanya kerana sesetengah org sy harus jatuh.. sedangkan yang menyayangi itu lebih dari yang tidak berpuas hati.. sekuat manakah sy, hanya Allah yang mengetahui.. hanya Allah yang tahu bagaimana pengakhiran cerita ini.. selagi terdaya sy teruskan jua, kerana percaya pada hikmah kepada perancangan Allah.. 
Sedari dulu sy melihat.. jalan kehidupan yang sy lalui.. duri2 yang sy tempuhi.. pahit getir yang sy rentangi.. itu semua sangat2 mendewasakan sy.. hari ini Allah uji sy dengan karenah manusia yang pelbagai.. mengapa sy yang terpilih? kerana Allah tahu sy boleh melaluinya.. walau kadang2 sy rasa tak boleh.. tapi Allah kata boleh.. Allah tahu yang terbaek.. kalau bukan kerana kesabaran yang Allah ajarkan, mungkin dah terhambur segala ketidakpuasan hati dihadapan mereka.. biar mereka tahu hati sy dah cukup bernanah dengan sikap2 mereka.. tapi Allah masih memberikan kesabaran.. kesabaran.. kesabaran.. Ya Allah.. kuatkanlah hambaMu ini.. saban waktu cuba melalui dengan senyuman, ketawa yang membunuh kesakitan jiwa.. terima kasih Allah.. kerana telah mengirimkan terlalu ramai manusia2 yang terlalu baik dan sangat2 menyokong.. lbh daripada yang menyakiti..terima kasih.. cuma panahan racun dari mereka yang menyakiti sangat2 terkesan di emosi.. tak apa ya Allah.. selagi Engkau masih izinkan, aku tempuh kerana aku yakin Allah selalu ada dan mengirimkan mereka2 yang cukup memahami.. Allah sedang mengajar diri ini tentang pentingnya sikap berbudi bahasa, hormat menghormati, rendah diri & saling membantu.. Allah ajarkan sy dari sikap2 mereka.. sy percaya ALLAH PASTI AKAN TUNJUKKAN JALANNYA!! :) ALLAH......untukMu, kuatkan Aku :)