Monday, 23 December 2013

Tentang Diri..

Assalamualaikum..

Minggu ni even dalam stadi week pown sy rasa agak bizi..
tapi Alhamdulillah still berada di kg, ulang2 ke UiTM untuk urusan..
next week insya Allah MPP akan jadi agen untuk tiket bas..
penjualan tiket untuk pelajar2 balek kg.. harap2 event ni mjadi la even scara kecil-kecilan ja..
dan sy baru siapkan proposal untuk PC Fair.. sy harap proposal ni lulus tanpa halangan insya Allah..
esok baru nk pg approach kelulusan, esok jugak deal ngan  Library untuk perjumpaan..
katanya ada event nak dicollaboratekan :)
Khamis pulak nak pegi Perlis untuk approach MPP sna buat PC Fair..
pengalaman semua nie..
berhadapan dengan benda2 baru, banyak yang perlu dipelajari..
kalau dulu dah matang, sekarang harus lebih matang..
untuk buat org percaya pd barisan kepimpinan memerlukan keperibadian yang unggul :)

tadi sy dapat invitation tentang bapa saudara sy yg sama umur ni dah nak bkahwin..
oh great dan tahniah sangat.. tapi tarikh tu redundant dengan tarikh sy ada kem..
tak apa la klu x dak halangan dapatlah sy pg.. klu x pun, sy doakan kebahagiaan depa..
kawan2 sekolah sy dulu mmg dah ramai kawen, tapi jangan lah tanya bila sy nak kawen..
ada jodoh nanti adalah tu..
sy ada komitmen untuk famili, untuk cita2..
kepentingan diri harus diletakkan ketepi untuk seketika..
tadi Ustaz ada rekomen2lah adik iparnya untuk sy..
adoi terasa tak padan lah dan tak bersedia ke arah hubungan serius..
tak mahu ada permulaan sebab tak mahu amik sebarang risiko..
tapi kalau sekadar kwn2 biasa mcm kwn2 kelas ja x apa lah..
sy tidak mjanjikan apa2 dan Ustaz pun tidak memaksa..
yang penting jodoh itu rahsia Allah..
sy pun dalam proses berhijrah lagi, dan masih banyak yang perlu diperbetulkan..
sy tak penah risau soal jodoh.. kalau tidak di dunia, Allah bagi di akhirat :)
sy hairan bila org risau tentang jodoh.. usahalah, doa dan tawakkallah pada Allah..
Allah lebih tahu yang mana yang lebih baek untuk hambaNya..
doakan lah yang terbaek untuk saya :)
mana tahu tiba2 tahun depan sy kahwin kan..
kuasa Allah, siapa dapat halang?