Wednesday, 9 October 2013

25 tahun... Apa yang berubah?

Assalamualaikum.. 

Harini genaplah usia sy 25 tahun..
1 usia di mana kematangan harus merajai diri..
1 usia di mana sudah kukuh perancangan diri..
1 usia di mana sudah teguh dengan pendirian diri..
25 tahun... apa yang berubah?
masihkah sy ditakuk lama?
masih merawat luka2 yang sama?
atau mengimbau kenangan2 lama?
25 tahun.. apa yang berubah?
bertambah umur beerti semakin dekat perjalanan menuju Rabb..
apa yang sy bawa bersama..
smoga Allah memberi sy umur yang panjang..
berilah kesempatan untuk sy menjalani kehidupan ini seadanya..
berkati dan redhakan ia untuk sy..
jadikan sy anak yang solehah..
cucu yang solehah..
teman yang solehah..
kakak yang solehah..
adik yang solehah..
pelajar yang solehah..
dan yang paling penting HambaMu yang solehah..
yang Engkau janjikan syurga buatnya..

sesungguhnya tahun ini sangat berbeza..
sy menyambut hari kelahiran pada saat sy sedang berhijrah..
hadir 1 perasaan syukur yang tidak terhingga..
sy mahu benar2 berubah..
sy tidak mahu lagi mengulangi dosa2 dahulu..
beratnya beban dosa itu hanya org2 yg pernah menanggung tahu rasanya.
hidup di dalam dosa terasa ketidakberkatannya..
tapi Allah..sy bertaubat dr segala dosa2 lalu.. ampunkan dan terimalah taubat ini..
bimbinglah & tunjukkan jalan yang benar..
smoga sy istiqamah dalam penghirahan ini..

dan Allah..kurniakan sy pembimbing & pendamping diri yang baek & soleh..
semoga dia dapat membimbing dan mendamaikan hati sy. Insya Allah