Wednesday, 28 August 2013

~Menghargai Walau Sehelai Daun Yang Melayang Dan Bertebaran Di Jalanan~

Assalamualaikum..
alhamdulillah.. kita masih dapat menghirup udara dimuka bumi ini..
beerti peluang kita untuk memperbaiki diri masih ada..
bangunlah menjadi manusia yang diredhai makhluk langit dan bumi..
hargailah setiap apa yang kita miliki.. hargailah setiap pandangan yang baik yang dihamparkan di hamparan mata kita.. walau sehelai daun.. walau sehelai daun kering yang gugur dari ranting, lalu melayang, bertebaran di jalanan.. lihatlah.. setiap yang berlaku itu akan membuat anda berfikir dan menghargai hidup anda.. bukanlah penghargaan itu semata-mata untuk sesuatu yang besar sahaja.. mungkin daun dijalanan tidak membawa apa2 erti pada kita, tetapi itulah anugerah pandangan dari Allah S.W.T. Hargailah pandangan tersebut, ia membawa erti bahawa kita masih ada di atas muka bumi, masih dibenarkan menjejak kaki di sini, hargailah setiap detik dalam kehidupan kita, hargailah semua yang Allah S.W.T. anugerahkan pada kita.. sebuah kehidupan yang menjanjikan kebahagiaan di akhirat jika kita pandai mengemudinya dengan baek..