Wednesday, 28 August 2013

~Menghargai Walau Sehelai Daun Yang Melayang Dan Bertebaran Di Jalanan~

Assalamualaikum..
alhamdulillah.. kita masih dapat menghirup udara dimuka bumi ini..
beerti peluang kita untuk memperbaiki diri masih ada..
bangunlah menjadi manusia yang diredhai makhluk langit dan bumi..
hargailah setiap apa yang kita miliki.. hargailah setiap pandangan yang baik yang dihamparkan di hamparan mata kita.. walau sehelai daun.. walau sehelai daun kering yang gugur dari ranting, lalu melayang, bertebaran di jalanan.. lihatlah.. setiap yang berlaku itu akan membuat anda berfikir dan menghargai hidup anda.. bukanlah penghargaan itu semata-mata untuk sesuatu yang besar sahaja.. mungkin daun dijalanan tidak membawa apa2 erti pada kita, tetapi itulah anugerah pandangan dari Allah S.W.T. Hargailah pandangan tersebut, ia membawa erti bahawa kita masih ada di atas muka bumi, masih dibenarkan menjejak kaki di sini, hargailah setiap detik dalam kehidupan kita, hargailah semua yang Allah S.W.T. anugerahkan pada kita.. sebuah kehidupan yang menjanjikan kebahagiaan di akhirat jika kita pandai mengemudinya dengan baek..

~Menjalani Kehidupan Apa Adanya~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sy berkesempatan mengemaskini blog luahan rasa yang dah lama sangat sy tak berkesempatan nak update..
kehidupan sy sejak akhir2 ni agak sibuk memandangkan sy sedang bekerja sementara menunggu tarikh masuk semester baru..

keadaan tempat kerja yang Alhamdulillah sy rasa memuaskan di mana sy berpeluang berjumpa dan mengenali manusia dengan berbagai sikap yang Alhamdulillah baik2 belaka sehingga sy rasa selesa dan berharap ukhwah yang terjalin akan terus erat tanpa dimamah waktu..
sesungguhnya mengeratkan silaturrahim itu adalah baek & dapat memberi banyak hikmah yang nyata dan tersembunyi..

kalau ikutkan kontrak, sy akan still bekerja even sy dah masuk belajar, lebih kurang sebulan after sy berdaftar.. semoga sy dapat membahagikan masa dengan baek..sy sukakan library.. sbb disitu terdapat banyak ilmu.. sy cintakan ilmu, sy cintakan pembacaan, sy cintakan buku.. bekerja disini membuatkan sy rasa hidup dipenuhi dengan ilmu, setiap hari sy menemui buku2 yang bermanfaat, kalau ikutkan hati nak saja sy pinjam semuanya tp apakan daya, tak sempat nk baca semua..

sy mengimpikan dapat bekerja dilibrary 1 hari nanti, tak pun pekerjaan yang still ada link dengan ilmu2 mcm ni.. tapi sebenarnya sy ada cita2 yang lebih besar.. sy nak sangat jadi pensyarah & selalu dinasihatkan untuk jadi pensyarah.. tapi biar masa yang tentukan, kerana pensyarah memerlukan kelulusan Master, sedangkan sy telah berfikir untuk bekerja sbaek tamat degree nie, apatah lagi tengah degree pun sy tetap mencari kerja.. kesabaran.. itulah yang perlu ada untuk mencapai sebuah cita-cita.. semoga Allah memudahkan jalan untuk sy dan sy akan berjalan di atas jalan yang dibentangkanNya..

semester ni sy akan memasuki semester 4.. semester yang jumlah subjeknya sama ja dengan semester 3.. 7 subjek.. semoga sy dapat menempuh dengan baek dan cemerlang.. keputusan semester 3 dulu belum layak dikategorikan cemerlang, sekadar baek saja, mungkin salah sy yang terover confident yang subjek rekod tu sy boleh score, sbb dah belajar waktu diploma, tp sayangnya subjek tu lah sy jatuh.. sedih mmg sy sedih, walau pun sy dah rasa dah susahnya final exam subjek tu, tp tak sangka pula sampai tak dapat score.. tak apa.. masa dah berlalu dan sy semakin redha.. peluang untuk dapat ANC dah tak ada, tapi peluang untuk lulus kelas pertama masih ada.. sy kena tamatkan degree dengan pointer cgpa at least 3.50, mampukah? In shaa Allah.. berdoalah, berusahalah, berdoalah, bertawakkallah, berdoalah.. (^_^)

usia semakin berganjak, masa lalu telah lama tinggalkan kita, hanya masa yang sedang berjalan inilah peluang kita untuk menjadikan diri khalifah Allah yang semakin hari semakin baek.. tak ada yang dapat mengubah nasib kita jika kita tidak berusaha langsung untuk mengubah nasib sendiri.. Allah akan membantu, berusahalah..sy mahu menjadi manusia yang baek akhlak dan agamanya,Allah.. bantulah.. sy mahu menjadi hamba yang taat lagi diredhai hidupnya, Allah..bantulah.. sy mahu menjadi umat Rasulullah S.A.W. yang membanggakan baginda, Allah..bantulah.. sy mahu menjadi anak yang solehah & terkabul doanya untuk ibu bapanya, Allah..bantulah.. sy mahu menjadi pelajar yang menggembirakan hati para guru dan pensyarah, Allah..bantulah..sy mahu menjadi pekerja yang cemerlang, berdedikasi yang menyejukkan hati majikan..Allah bantulah.. Ameen...