Saturday, 13 July 2013

~Belajar Sambil Bekerja Kembali~

Assalamualaikum..
Alhamdulillah baru ja sy terfikir nk kerja balek sambil belajar mcm dulu..
harini dah tercapai..
tapi kali ni di perpustakaan pulak.. sesuai dengan kos yg sy belajar skrg.. library science..
bukan apa.. disamping menjana pendapatan sambilan, dapat experience yg sgt bernilai..
Hari pertama bekerja.. sy telah ditempatkan di Unit Jurnal..
berada di bawah lingkungan keadaan yang baek, bos yang sgt memahami, staf2 yg awesome & punya karakter masing2.. sy betul2 ikhlas nk bekerja.. sy akan lakukan yang terbaek.. sy cuba mdapatkan pendapatan yang halal..skrg cuti 2 bulan.. kontrak keja ni 3 bulan, so sy akan bekerja at least sampai awal bulan 10 nanti.. dan mmg sempat kejap untuk belajar sambil keja sbb bulan 9 nanti dah masuk belajar balek.. dan tengoklah keadaan mcm mana sama ada sambung kontrak atau setakat tu saja..

Kelas degree boleh tahan packnya.. sem 3 ni pun pack, ditambah dengan cuti yg sgt banyak, banyak assignment yang dbuat dengan rushing sgt dan waktu sy mula keja masih ada 2 paper final belum setel..
dan terpaksa ambil cuti before paper tu dan pd hari paper.. study yg sgt last minit dan cuba melakukan yang terbaek.. usaha sudah, doa & tawakal lah dengannya.. semoga Allah merestui dan meredhai.. melihat kepada keadaan semester yg agak kelam kabut, expectation untuk mdapatkan result yg terbaek kelihatan agak kabur tapi sy sudah berusaha sedaya upaya, mana tahu masih ada rezeki lagi.. itu kan urusan Allah? walau mcm mana pun, sy harap sem 4 nanti lebih baek pengurusan waktu sy,bekerja normalnya sampai jam 5, lepas tu baru boleh buat keja2 laen.. tapi tk apa..jalan tu sy yang pilih, waktu lebih diisi dengan baek..

Setiap kali rasa malas menjengah, cepat2 sy fikir balek tentang niat, tentang pengorbanan ibu bapa yang tidak pernah mengenal erti lelah, kenapa bkorban masa sikit pown kita nk mengeluh? sebenarnya sy cuba melakukan sesuatu yang unik. sy percaya beza di antara ordinary person dengan extra ordinary person ialah 'little' extra tu.. sy cuba memotivasikan org laen karakter sy, sy harap mereka juga mempunyai smangat yang kuat.. sy juga nk buktikan pada diri yang sy pasti boleh buat, bangkit dari kegagalan masa lalu..
Sebenarnya perasaan nervous, takut, tak confident bila nk buat benda baru mmg ada.. tapi sy tak tunjukkan depan org.. sbb tu ada kwn yang kata sy tak nampak takut, sapa kata tak takut.. pasti ada gementar tu, cuma cara kita atasinya.. sy selalu cuba memberanikan diri, sbb 'berani' itu adalah apabila anda berjaya melangkah 'setapak' walau dalam ketakutan.. paksa diri, sbb selagi kita tak bergerak, kita masih disitu..

Kalau ada yang bertanya, mcm mana sy boleh lakukan yang terbaek dalam pelajaran, atau dalam pekerjaan, atau dalam kehidupan, sbenarnya ia adalah titik tolak dari masa silam.. saya adalah org yang pernah merasakan KESUSAHAN, KEJATUHAN, KESAKITAN, KEGAGALAN.. sy membesar dengan pengalaman.. PENGALAMAN MENDEWASAKAN saya.. org yang hidup dalam kesenangan seharusnya lebih berjaya kerana mereka mendapat segala keselesaan hidup tapi sy tgk ramai yang mendapat keselesaan hidup lebih suka untuk berada dalam keadaan selesa, berusahalah dengan tekun, kerana sampai bila kita hanya mengharapkan harta keluarga?

Saya percaya pada rezeki Allah S.W.T. Sama ada cepat atau lambat, pasti datang jugak.. Semoga sy dapat menjadi hamba Allah yang baek dan menyeimbangkan keduniaan dan keakhiratan.. Letakkan dunia di tangan akhirat di hati.. apa2 yang kita lakukan jangan lupakan Rabbul Izzati.. kerana kalau Tuhan berkehendakkan, Dia boleh mencabut segala nikmat hidup kita.. maka selalulah kita bersyukur dengan apa yang dikurniakan.. Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidup dan Matiku hanya kerana Allah S.W.T.