Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ni bangun awal.
walau kelas lambat lagi pun.
sempat la nk update blog.
yang dah agak bersarang tanpa kawalan tuannya.. (^_^)
Rezeki.
1 kurniaan dari Ilahi.
Alhamdulillah dengan nikmat rezeki.
siapalah yang tidak tahu erti bersyukur?
siapalah yang masih lagi riak dengan harta?
bersyukurlah anda dengan nikmat rezeki.
sama ada sedikit, cukup2 atau berlebihan.
yang sedikit, usahakan lagi.
yang cukup2 tu Alhamdulillah tapi usahakan lagi.
yang lebih tu Alhamdulillah tapi jangan sampai riak.
takbur dengan kesombongan memiliki harta.
kerana Allah tidak suka hambaNya sebegitu.
bersedekah & gunakan harta anda ke arah yang baik.
kalau Allah nak tarik balik nikmat harta tu. sekelip mata ja.
bersyukurlah kita semua dengan nikmat rezeki. sama ada dalam bentu apa sekalipun.
pernahkah anda mengalami saat2 ketidakcukupan wang yang sangat2 ?
pernahkah anda merasa hiba mengenangkan tiada langsung simpanan untuk waktu2 getir begitu?
pernahkah anda merasa panasnya air mata yang mengalir mengenangkan dugaan kekurangan wang?
Saya pernah. perit & susahnya hanya Tuhan yang mengetahui.
tapi sekarang Alhamdulillah. Allah kabulkan doa. pintu2 rezeki semakin terbuka.
Alhamdulillah. Ahamdulillah. Alhamdulillah.
walau apa yang kita lalui, jangan berputus asa. rahmat Allah itu luas.
kadang2 Allah nk duga kita ja. usahalah. doa. solat Dhuha. walau belum istiqamah tapi buatlah juga. semasa anda membaca doa Dhuha tu, sebak rasanya. sebak.
Alhamdulillah atas segala nikmat. rahmat yang sentiasa dirasa. :)
Nikmat ilmu.
Bersyukurlah. Allah dah bentang jalan untuk kita mencari ilmu.
jalanilah. sukar ke susah, itu soal kedua. yang penting sambutlah segala ilmu kerana Allah. betulkan niat. kita belajar ni kerana apa. Letakkan kerana Allah sebagai sebab tertinggi.
bila dah bniat mcm tu, In Shaa Allah kita akan lebih berusaha dalam meraih ilmu.
kita akan dapat rasakan proses pencarian ilmu itu 1 amanah dariNya. janganlah riak.
jangan takbur dan merasa kita lah paling pandai. kejayaan masa lalu tidak menjamin kejayaan masa depan, kalau anda masih bermimpi berada dalam kejayaan masa lalu sedangkan masa berjalan dengan pantas. jangan lupa masa sekarang.
pernahkah anda merasa dipinggir kerana kebodohan?
saya pernah. zaman sekolah dulu saya banyak main2. kelas tak mau masuk. keja sekolah tak mau buat. kawan2 yang pandai pandang semacam ja dengan kita kan. cikgu pun macam tak dak hati nk ajar. ya la. dia pun tau kita mcm mana. pergi exam bukan studi sangat pun. dapat result teruk yang amat pun tak rasa apa. tak mau aply sambung stadi. Tu Zaman Jahiliyyah Tu.
Alhamdulillah, masa lepas SPM tu kawan tolong saya untuk aply masuk Poli. masuk2 tu memang dah tak mau main2 cam dulu dah. menyesal dengan kejahilan lalu. Alhamdulillah saya belajar betul2. lepastu Allah bagi rezeki sambung UiTM. Memang dah tak bawa dah perangai2 masa dulu2 tu. memang bertaubat dah. nak pegang amanah Allah nie baik2 in shaa Allah. :)
Ya Allah, terima kasih masih beri aku peluang. terima kasih atas segala nikmat. berkatilah ilmu2 yang Kau berikan. Ameen :)