As salam..
Alhamdulillah... tanggal 14/10/2012 merupakan hari pertama sy berhijrah..
berhijrah untuk mula memakai hijab..
dan mperbaiki kekurangan diri..
cuba berusaha menambah ilmu2 agama..
mendekatkan diri pada Tuhan Ya Rabb..
insya Allah akan kekal istiqamah..
itu doa dan harapan sy yang setinggi langit..
syukur kerana masih diberi peluang mengecapi cinta Tuhan..
syukur kerana kesedaran itu datang..
sampai bila kejahilan akan membelenggu diri..
sampai bila ketenangan tidak dapat dicari..
terima kasih pada semua yg banyak mendorong..
ssungguhnya kalian semua hadiah dari Tuhan..
dan Alhamdulillah kerana hingga saat ini Tuhan masih memelihara hati sy..
tidak terikat dengan cinta sang Adam yang mungkin boleh melalaikan..
sy memohon supaya Tuhan hanya akan membuka hati sy hanya utk pemilik tulang rusuk kiri sy.. insya Allah..
dan cinta itu sy dambakan dapat dicambah selepas akad 'Aku Terima Nikahnya'.. insya Allah..
sesungguhnya sy insaf dan sedar dengan aturanNya..
sy mulai sedar kenapa hubungan2 yang cuba dijalinkan tidak pernah berjaya..
mengapa Tuhan tarik rasa cinta dan mengapa lumpuhnya hubungan di pertengahan..
mengapa ada yang lerai walaupun belum sempat ia bermula apa2..
kerana Tuhan mahu menganugerahkan cintaNya..
Tuhan mahu sy mengenal erti cinta manusia melalui rasa cinta kepadaNya..
Tuhan mahu menunjukkan pd sy erti cinta yang diredhaiNya..
yang diredhaiNya..
yang diredhaiNya..
bukan hubungan yang di mana buruk itu lebih banyak dr baiknya..
bukan hubungan yang banyak dihabiskan dengan meluah rasa cinta..
tanpa meletakkan cinta paling utama itu pada yang Haq..
Alhamdulillah.. sy nampak dengan jelas hikmah di sebalik kekecewaan masa lalu..
kadang2 sy terfikir.. mengapa sy lambat mencari hidayahNya..
dah terlalu banyak masa sy habiskan dengan perkara sia2..
tapi... sy percaya akan hikmah disebaliknya..
apa yang paling utama, sy mohon Tuhan istiqamahkan sy dalam mcari redhaNya..
sy mohon Tuhan mnetapkan sy di jalanNya, janganlah diambil kembali hidayah ini..
sy mahu tetap dibawah petunjuk dan hidayahNya..
sy mohon Dia permudahkan jalan sy..