Thursday, 19 July 2012

:: Tuhan, aku pasti semuanya berHikmah ::

As salam..
Alhamdulillah dengan segala nikmat yang diberi..
syukur masih diberi kesempatan untuk menjalani hidup apa adanya..


Menjalani jalan kehidupan..
kadangkala terpijak duri di jalanan..
kadangkala tersilap pilih jalan..
kadangkala jalan yg dilalui ada persimpangan..
dan saya.. seringkali berada di tengah2..


tengah2 di kalangan kiri dan kanan..
seringkali menjadi orang tengah dalam sesuatu permasalahan..
dan sy kadangkala belum mahir untuk berlaku adil..
mendengar dari kanan, melihat yang kiri..
mendengar yang kiri, melihat dari kanan..
siapa yang benar.. tiada pula yg salah?


Tuhan, tolonglah hamba untuk menjadi yg terbaik..
menjadi manusia yg bisa menegak keadilan dan kebenaran..
tidak pula menjadi pemusnah kedua-dua..
malahan menjadi pendamai keduanya apa adanya..


Kerana seringkali berhadapan situasi begini..
maka sy simpulkan, Dia pilih sy bersebab..
Dia ada tujuannya.. saya pasti semuanya berHikmah..
yang dapat saya lihat suatu hari nanti..
Insya Allah..