As salam..
Melayani kehidupan dengan penuh cinta dan kasih sayang org2 tersayang amat2 mendamaikan hati..
sesungguhnya bab2 kehidupan yang terasa berat dan payah dapat dilalui dengan baik..
sepanjang semester yang saya lalui.. semester 5 ni lah paling mencabar..
diduga dengan pelbagai masalah.. yang benar2 menguji kekuatan dan semangat diri..
setiap satu dapat dijalani dengan tabah.. cuma kesannya ada yang masih belum dapat dilupa..
kadang2 sekuat mana pun kita, sehebat mana pun kita memberi nasihat kepada permasalahan orang,
kita masih belum dapat menyelesaikan masalah sendiri.. kenapa? kerana sesungguhnya nasihati org itu hanya asasnya saja, kita tidak melalui tempat mereka. sebab tu bila masalah datang kpd kita, kdg2 kita tak mampu nk mengawalnya..kenapa lemah sangat? mana kekuatan saya? mungkin bila mana saya menasihati masalah2 orang, tatkala saya bermasalah, saya memerlukan kawan2 untuk berada dengan saya.. bukan utk mendengar masalah2 saya kerana adakala masalah terlalu peribadi utk saya ceritakan, saya hanya mahu tahu anda ada bersama saya, supaya saya merasakan kekuatan bersama anda..
tapi nampaknya banyak masalah telah selesai..
cuma akhir2 ni agak tekanan berdepan dengan assignment yang bertimbun dan berat2 belaka..
adui.. mcm mana agaknya semester nie... entahlah.. tak tahu nak target apa..
Part 5.. the hard semester..
terima kasih kepada semua kawan2 yang selalu ada dengan saya.. (^_^)
menerima perangai huduh saya dengan seadanya..
tidak sesekali berkira dengan saya..
terasa lebih disayangi dan dihormati tatkala bersama anda..
kepada boiferen2 tidak rasmi saya, anda benar2 membuat saya tersenyum..(hehehe)
berada dalam kehidupan anda mbuatkan saya gembira..
harap2 anda tidak anggap serius dengan setiap gurauan saya..
anda saya anggap sebagai kawan2 terbaek..
Apa kata saya :: "Gembira ada kawan2 terbaek"