Assalamualaikum..
Alhamdulillah harini saya dah 26 tahun..
mcm tak percaya tapi itulah hakikatnya..
terasa baru semalam baru sambung belajar..
sedar tak sedar dah hampir 5 tahun berkawan dengan assignment + test + kuiz + exam di tambah 2 tahun kat Poli dlu, 7 tahun jumlahnya membesar di IPTA..
Insya Allah tahun depan bakal grad dan insya Allah semoga mendapat pekerjaan yang baek..
kalau dapat kerja yang menjamin, sekarang pun saya sanggup..
tapi rezeki bukan milik saya lagi, Allah sedang merancang yang terbaek..
Saya akhiri tahun 2013 semalam dengan Solat Taubat, semoga Allah mengampunkan segala dosa2 lalu & saya mulakan tahun 2014 dengan Solat Hajat, semoga Allah memperkenankan segala hajat saya..
permulaan hari ini nampaknya baek & sy sentiasa cuba untuk positif..
sebagaimana azam semalam..
harini saya mula berkenal-kenal dengan jiran2 sebelah, sebelum ni bukan tak berkenal2, tapi tak dan nak sembang2, bertukar2 no, bertukar2 fb.. sibuk la konon2nya.. Alhamdulillah jiran pun baek2 belaka, ada yang dah last sem pown, bahagianya depa..
tak pa.. sy pun dah nak habes belajar dah, lagi setahun ja lagi.. sabar.. sabar..
tapi kalau ada peluang sambung, sy perlu tgk pro & kon nya..
:) niat di hati nak kerja :) ceewahh.. tgk pd keadaan mcm mana nanti..
petang tadi sy ke Usrah di rumah Ustaz Neezam dengan Amal & Sue tapi Ustaz tak ada,
tak apa lah tapi dapat khabar baru, yang bermula minggu depan, Ustaz mula nk mengajar Kitab Baru..
sy tak pernah join pun belajar kitab sbelum ni, tapi rasa nak join next week, mungkin ini petunjuk dari Allah untuk saya lebih dekat denganNya.. cumanya degree dah nak bercuti, tak apa lah belajar setakat yang boleh..
Semoga Allah sentiasa memudahkan segala urusan & melancarkannya :) insya Allah..