Assalamualaikum..
Alhamdulillah harini sy berkesempatan memahat cerita2 dalam kehidupan sy..
baru2 ni saya dicalonkan sebagai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)..
sy seperti dapat rasakan yang Allah mahu tunjukkan sesuatu pada saya..
suatu kebenaran yg sy cari2 selama ini..
kebenaran apa ya? kebenaran pada JPP? bukan...
1 kebenaran lain yg sy tercari2..
walaubagaimanapun sy sangat2 bersyukur kerana terpilih sebagai JPP..
dalam fakulti sy 8 org yang akan bertanding..
sesiapa yang menang pun x apa..
sesungguhnya sy tahu takdir Allah adalah yang terbaek..
sy tahu sama ada jadi MPP atau tidak, keputusannya berbalik kepada keputusan Allah..
sy akan terima dengan redha, dan setiap yg berlaku atas izin Allah dan berhikmah..
jadi sy hanya berusaha seiring dengan saranan Islam & bertawakal..
Kalau Allah mengkehendaki, maka jadilah,Kun Fayakun.. jika Allah tidak mengkehendaki, maka tidak jadilah.. :) menang atau kalah bukan 1 isu, tetapi sy telah menimba banyak pengalaman yang berharga sepanjang tercalon ni..pengalaman itu membawa sy pd sebuah kebenaran..
sy menghadiri 2 kem sepanjang menjadi calon ni..
kem pertama di Jeram, kem kedua di Tg Rhu..
Allah.. pengalamannya tak ternilai..
banyak kesedaran yg sy dapat..
tentang diri, pegangan, negara.. dan tentang UiTM.. universiti yang sentiasa di hati sy..
inilah yang saya cari.. inilah jalan yang Allah beri..
sy percaya takdir ini adalah petunjuk..
kepada sy yang belum sedar akan peranan diri..
dan disini saya belajar mcm mana cara berkomunikasi..
dan Alhamdulillah memang modul2nya banyak memberi impak positif kepada sy..
confident diri memang bertambah Alhamdulillah..
dan berjumpa dengan sahabat2 yang baik2..
sy belajar banyak benda di sini..
sy belajar tentang suka, duka, sedih, ketawa..
tapi yang penting, semuanya berhikmah..
sy suka terlibat dengan aktiviti bukan akademik mcm ni..
disamping akademik, sy teruja dengan penambahan pengalaman..
sy tahu ada yang berperspektif negatif..
tapi sy akan buat bersungguh2 dengan apa yang sy dapat..
kerana sy tahu itu pemberian dari Allah..
masa sy SKP di library dlu, ada kawan yg kata sy ni tlalu survive utk dri, seolah2 sy xdak tmpat bgantung.. sy pun tkejut org beranggapan mcm tu.. sbb sy xnmpak dri sy mcm tu..
mmg.. mmg sy cuba survive atas kaki sendiri..
sbb sy cuba belajar independent.. disamping sy btol2 nk kumpul pengalaman..
pengalaman.. pengalaman.. pengalaman..
sy mmg nakkan pengalaman..
bukan duit semata.. bukan pangkat semata..
sy nakkan pengalaman, sesuatu yang mbuatkan sy kuat berpegang dengannya..
ssuatu yg dapat sy bezakan diri sy dengan yang lain..
sy cuba kumpul sebanyak mungkin pengalaman yg dapat sy persembahkan utk masa depan sy kelak insya Allah..
hanya Allah dan diri sy sendiri yang tahu kenapa cuba menimba pengalaman sebanyak mungkin..
orang mungkin xkan dapat faham krn sy belum pernah terangkan sedetailnya apa yg sy fikirkan..
sebenarnya byk benda yang mempengaruhi keadaan sy sekarang..
cara sy membesar..
orang2 yang pernah sy temui..
sikap2 manusia yg sy hadapi..
kejatuhan masa lalu..
kesusahan dlu..
dosa2 semalam..
kegagalan silam..
kesakitan dulu..
dan mereka tidak akan faham krn sy tidak pernah ceritakan..
dan semua yang sy LALUI dan sy RASAI dan sy JIWAI dan sy AMATI di sepanjang laluan kehidupan sy..
semua ini membina diri sy yang sekarang..
dan sy akan mahu menjadi manusia yang TERBAIK insya Allah..
Kerana adanya kasih Allah, sy kuat.. keluarga adalah inspirasi..
:)