Wednesday, 25 January 2012

~Dugaan...Itu Tanda Dia Ingat Dan Sayang Kita~

Menjalani kehidupan sehari-hari..
bukanlah setiap hari dilimpahi kegembiraan yang tidak berbelah-bahagi..
kadang2 datang dugaan utk mjadikan kita kuat..
mjadikan kita tabah dan bertambahnya pengalaman hidup..
tapi manusia mmg cepat melatah..
dugaan yang sedikit tapi berkeluh-kesah..
lumrahlah..


kita kadang-kadang tak tabah..
saat dugaan datang kita kalah..
bila emosi lelah, fizikal akan turut sama lelah..
sebab kita rasa kenapa dugaan tu maha berat utk kita terima..
dan kita mula menyalahkan keadaan..
menyalah diri..
menyalah takdir..
menyalah segala-gala..
tapi kenapa tak suluh diri..
kenapa tak renung hati..
di situ kita akan jumpa jawapannya..
setiap benda yang terjadi ada sebab..
ada reason..
kita manusia kena redha dengan dugaan..
itu tanda Dia sayang kita..
Dia tidak membebankan hamba-Nya dengan dugaan yang tak mampu dihadapi hamba-Nya..
duduklah bertafakur.. diam sejenak.. imbas kembali.. tengok ke masa lalu..
mungkin juga ia sebagai penyedar.. mungkin Dia mahu kita sedar..
supaya kita tidak terlajak melakukan kemungkaran..
atau mungkin..
mungkin Dia sedang menunjukkan kasih sayang-Nya..
Dia mahu kita jadi hamba yang lebih baik..
tapi kita manusia selalu tak nampak hikmah disebalik dugaan..
yang kita tahu ialah berkeluh-kesah..
seakan dunia terhenti bila berdepan dugaan..
seakan jatuh tu tak terbangkit-bangkit lagi..
bukankah kita hidup dalam kasih-sayang?
fikirlah.. yang kita ada org2 yang menyanyangi kita..
supaya kita akan cepat sedar yang mereka ada dengan kita..
utk mjadikan hari2 kita makin indah..


Kepada sesiapa yang berhadapan dengan dugaan..
yang mbuatkan anda rasa telah tertitik noktah semangat yang dulunya kukuh, maka ingatlah..
"Dia menyanyangi kita..redhalah dengan dugaan..ingatlah..kamu makhluk yang kuat..apa yang sedang kamu hadapi mjadikan kamu begitu kuat dan pasti dapat mengharungi masa hadapan dengan lebih baik"


Maka.. senyumlah.. :) 


Apa kata saya :: "Saya kata yang kadang2 bcakap memang senang.. nak mengaplikasinya agak susah.. tapi orang takkan dapat memotivasikan kita kalau kita tak pernah memotivasi diri sendiri.."